Friday 4 October 2013

Q&A Ustaz Don - masalah dalam solat

Assalamualaikum!

Guess who got to meet (a.k.a. watch from afar) Ustaz Don yesterday!

5 bucks if u can see me

Semalam ada program MEKAR Melbourne. Apa maksud mekar? Maksudnya Ustaz Don datang pastu hati mekar berkembang haha semangat

Macam2 Ustaz Don ajar - kisah Nabi s.a.w. dan Nabi2 sebelumnya, kisah sahabat Nabi s.a.w., kisah malaikat, firaun, hadis, Quran, solat solat solat, dan ajaran2 sesat kat Malaysia. Akhirnya dah nampak point camne ajaran tu twist2 sampai rosakkan akidah, dan camne orang even golongan professional pun boleh jadi terjebak dengan ajaran sesat. Sebelum ni takde la paham sangat ajaran sesat, just rasa macam hmmm ape2 jelah korang ni pelik2 la haha


Tapi discussion paling interesting ialah pasal masalah solat. Best sebab ni benda praktikal dan ilmu fardhu ain yang apply hari2.

Sebelum tu share 13 rukun solat:

  1. Berdiri tegak
  2. Niat
  3. Takbiratul ihram
  4. Membaca al fatihah
  5. Rukuk (+ tomakninah - berhenti sebentar kadar panjang bacaan "subhanallah")
  6. Iktidal (+ tomakninah)
  7. Sujud (+ tomakninah)
  8. Duduk antara dua sujud (+ tomakninah)
  9. Duduk tahiyat akhir
  10. Membaca tahiyat akhir
  11. Selawat
  12. Memberi salam
  13. Tertib

Q&A:

1) Bagaimana kalau terlupa rukuk (atau mana2 rukun) ? Bolehkah ganti dengan sujud sahwi?

Tidak. Sujud sahwi (sunat) tak boleh cover benda rukun (rukuk).

TAPI. Sujud sahwi boleh dilakukan bila solat tak sempurna - sebagai satu penghinaan kepada syaitan yang membuat kita lupa. Macam, "oo tadi kau buat aku lupa sekian2, so aku sujud sahwi - sujud double (dua kali) kepada Allah. Amek kau" Jadi yes, sujud sahwi boleh dilakukan bila kita lupa qunut/ tahiyat awal, juga bila kita lupa buat benda rukun/ lupa rakaat etc

Tapi masih, rukuk itu tidak terganti dengan sujud sahwi.

Jadi apa nak buat?

Konsepnya: Rakaat yang kita ada tertinggal rukun, rakaat tu kira tak aci dah. Gone~~ So kena ulang rakaat tadi. Contoh situasi, solat Maghrib:

Rakaat ke-2 lupa rukuk, tapi waktu tahiyat akhir rakaat ke3 baru perasan

So sebab rakaat ke2 tadi tak rukuk, kira tak aci sebab tak cukup rukun. Gone rakaat kedua. Bila rakaat kedua takde, secara automatik rakaat ke3 pun tak dikira. Sebab nak tertib kan

So bila kita perasan tu masa tahiyat akhir, kita pun bangun macam biasa (jangan bagi salam pulak), kerjakan rakaat kedua dan ketiga balik. Pendek kata solat maghrib dah jadi 5 rakaat! So kesimpulannya sila solat khusyuk sikit ehehe

2) Kita terlupa sujud kali kedua, instead kita terus bangun. Boleh ke sujud semula?

JANGAN sujud semula (gostan) - ni membatalkan solat dan menunjukkan kejahilan kita. Sebaliknya ulang semula rakaat tadi, sebab kita tak sujud - means rukun tak lengkap - rakaat tak dikira (macam situasi soalan no.1) - 

3) Kalau kita baru halfway bangun, boleh sujud semula?

Depends pada kedudukan. Boleh kalau kita kurang dari separuh pergerakan. 

Contoh: Antara sujud dan berdiri tegak. Kalau kita baru terbangun (still kurang separuh) then boleh sujud balik. Kalau dah lebih separuh/ almost berdiri, then tak boleh dah.

4) Bagaimana kalau dah bagi salam, kemudian baru sedar ada rakaat yang tak rukuk/sujud/tertinggal mana2 rukun?

Bila tersedar je, bangun, angkat takbir dan sambung rakaat2 yang perlu (jangan berkata-kata pulak nanti batal solat). Contoh kita tak rukuk masa rakaat ke2 solat Zohor --> so rakaat ke2 dah gone. Tanpa rakaat ke2, takdelah rakaat ke3 dan ke4. So kita bangun dan tambah balik rakaat ke 2,3, dan 4. 

Masa angkat takbir tu tak perlu nak niat detail2 pun, sebab cukup lintasan hati kita. Kita tahu kita ada buat silap tadi so sekarang nak sambung rakaat yang selebihnya. Jangan lupa sujud sahwi untuk solat2 yang tak sempurna!


5) Bagaimana kalau dah bagi salam. Siap bukak telekung semua pegi makan megi bagai, pastu baru sedar tadi solat ada tak lengkap rukun?

Yang ni kena solat semula. Too late hee

Bila buat kesilapan dalam solat - JANGAN JANGAN JANGAN berhenti solat and start balik (easy exit). Sebab solat ni such a big and important thing yang kita takleh enter & exit sesuka hati je. Macam kalau tengah sign contract, tetiba main koyak2 je contract tu padahal dah agree. Dah kenapa kan haha. Terlupa semasa solat ni ada disebabkan syaitan, tapi kadang2 Allah juga nak uji ilmu kita. Nak tengok kita tahu setakat mana.


6) Bacaan solat - berbisik atau bersuara perlahan?

Ada beza antara bisik dan bersuara perlahan. Bila berbisik, bunyi2 huruf boleh jadi tak keluar/ tak kedengaran. Jadi contohnya masa takbiratul ihram (rukun!), bila bersuara perlahan kita sebut "Allahuakbar". Tapi kalau bisik, boleh jadi yang keluar cuma "...llahu..kbar". Bila sebutan takbiratulihram  salah maka solat boleh jadi tak sah. Rugi kan. So suara perlahan dan pastikan sebutan huruf, tajwid semua betul. Kat mana sabdu, mana qalqalah, harakat etc. Tapi definisi bisik/baca perlahan ni subjektif n depends on jenis suara/voicebox orang, maknanya buatlah semampunya supaya sebutan betul dan volume sederhana so tak ganggu khusyuk makmum sebelah.

Samalah macam baca al fatihah, tahiyat akhir, dan selawat. Semua rukun so kena baca properly tajwid dan sebutan. Contoh kalau masa tahiyat akhir kita pilih untuk sebut "sayyidina muhammad," (ada org tak sebut sayyidina -which is ok as long as ada selawat) sebut betul2 SAYYIDINA bukan saidina. Selawat pun rukun kan! So kalau silap, again solat tak sah dan rugi.

aspek solat - hati, perbuatan, pertuturan

7) Tetamu datang waktu solat - apa nak buat?

Kalau tengah solat fardhu, kena teruskan solat. Sebab tiada panggilan lebih utama selain Allah. Kecuali kalau situasi serius macam anak nak kacau periuk menggelegak or ada orang lemas kat depan etc

Kalau solat sunat, tengok keadaan:

- Mak datang rumah ketuk2 pintu. Boleh sebut kuat sikit bacaan dalam solat supaya mak dengar dan tahu kita tengah solat. Tapi kalau mak tak dengar, depends:

Kalau mak cakap: "Kamu takde kat rumah ke? Mak nak balik lah kalau camtu..." --> so boleh berhenti solat dan bukak pintu. 

Kalau masa solat boleh dengar mak berbual dengan ayah kat luar "anak kita solat kot.. tunggu lah jap.." so teruskan solat.

Kalau panggilan telefon tak perlu angkat sebab bukan urgent macam bila orang datang/ panggil kita kat rumah. Kalau phone call orang boleh assume kita kat toilet ke, tido ke etc

8) Kalau kita baru nak solat tapi tetamu datang - solat dulu ke layan tetamu dulu?

Solat dulu. Jemput tetamu masuk pastu cakap saya nak solat jap ye, nanti kita lepak. Elakkan berbual panjang sebab nanti tak khusyuk pulak nak solat


9) Imam solat terlebih rakaat - apa perlu buat?

Contohnya waktu zohor, lepas dah 4 rakaat imam bangun balik. Alamak imam kenapa bangun -_-" So kita pun stay duduk tahiyat dan tunggu sampai imam teruskan rakaat dia tu sampai tahiyat. Pastu imam bagi salam, kita pun ikut bagi salam :) setel.

10) Solat lupa baca al fatihah. Masa rukuk baru perasan. So kena teruskan jugak iktidal, sujud bla3 sampai habis rakaat tu ke (kemudian baru buat rakaat 'baru') atau camne?

Tak. Bila perasan masa rukuk tu, lepas rukuk tadi terus bangun dan terus start rakaat 'baru'. Baca al fatihah elok2 kemudian teruskan rukuk, sujud macam biasa. Tak payah nak complete kan rakaat yang dah tak aci.

11) For some reasons, kita nak sujud sahwi (kita makmum). How?

Tunggu imam bagi salam ke-2, kemudian baru sujud sahwi. Sebab lepas salam ke-2 tu kita dah confirm yang imam betul2 selesai solat. Kalau baru salam pertama boleh jadi imam tetiba bangun balik ke for some reasons


12) Bermusafir 5 hari. Boleh tak nak jamak qasar 3 hari pertama?

Edited: Tempoh boleh jamak qasar ialah maksimum 3 hari menetap excluding 1 hari perjalanan pergi dan 1 hari perjalanan balik. Jika pemusafir dah tahu dia akan stay tmpat tu lebih dari 3 hari excluding hari perjalanan pergi-balik, maka bila sampai destinasi, dia kena solat tamam iaitu solat sempurna, jamak qasar hanya dlm perjalanan

13) Kalau selama ni silap pergi jamak qasar banyak hari, kena qada?

Ada pendapat cakap takpe dimaafkan sebab tak tahu. Ada pendapat cakap kena qada'. Wallahualam, raikan perbezaan pendapat ikut kesesuaian


Hmmmm tu je kot. Harap membantu dan buat solat lebih berkualiti insyaAllah

Oh ya!!! Satu lagi!

Kisah tahiyat akhir

Ustaz Don cerita, bacaan tahiyat akhir rupanya dialog antara Allah SAW dan Nabi Muhammad s.a.w. So special!! Kisahnya bila waktu israk mikraj (sangat best cerita israk mikraj tapi ni just straight to the point k) --> Nabi s.a.w. akhirnya berjumpa Allah SWT. MELIHAT Allah SWT. Wow subhanallah. Pastu Nabi s.a.w. rasa tak reti nak greet macamana. Nak bagi salam assalamualaikum macam tak kena, sebab Allah lah pemilik segala salam dan kesejahteraan kan. So Allah pun sebut ayat tahiyat ni. Paling terharu bila Allah kata sejahteralah ke atas mu (Nabi Muhammad s.a.w.), tapi Baginda cakap "sejahtera ke atas 'kami'.."(instead of sejahtera ke atas ku). Uuu.. kita kalau jumpa retisss dah lupa sume orang kan. Tapi Nabi SAW berjumpa Allah SWT tapi masih ingat kat kita. Baginda nak kita pun mendapat salam dari Allah SWT. Luar biasa cintanya!




Wallahualam! Harap bermanfaat. 

14 comments:

  1. Assalamualaikum...
    saya ingin share ilmu yg bermanfaat ini di FB saya.
    Semoga pahala berkongsi ilmu berkenaan solat ini
    akan mengalir kpd anda sampai bila2...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum .maaf ,just nak cakap yg dekat gambar tahiyat akhir tu dia guna "saidina" laaa .takut orang trsilap bce masa solat hehehe.maaf salah silap .yang buruk dtg dari saya ,yg baik dtang daripada Allah SWT

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih . jdi saya sebut sayyidina bukan saidina . adakah sah kah solat saya ? wlaupun saya tdk tahu?

      Delete
  3. Nak tanya boleh, tak faham yang no 10 tu.. Maknenya kite ade 2 kali rukuk dlm satu rakaat tu la kn? Contoh, waktu rukuk pada rakaat 1, bru prasan trlupa baca alfatihah sebelum tu, so lepas rukuk tu, berdiri baca alfatihah (masih dlm rakaat 1), kmudian rukuk dan sujud, dan berdiri pulak utk rakaat ke 2 dah rukun seterusnya. Betul ke..?

    ReplyDelete
  4. nak tanya yg no 1 tu... macam tu ker... bukan ker bila teringat masa rakaat yg ke3 ,,maka rakaat yg ketiga tu jadi rakaat yg kedua automatik... pastu tambah lah satu rakaat lg jd semua 4 rakaat termasuk rakaat yg lupa di rakaat kedua yg asal tu..
    camner yer

    ReplyDelete
  5. Jazakillah ukhti. Banyak membantu, alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  6. Salam awak. Thank you for putting this in a very nice and understandable words. It helps me a lot

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. Nk tanya, what if klau masa buat solat sunat gerhana, lupa rukuk 2x & sujud 2x dlm 1 1 rakaat tu? Pastu dh tamat masa utk bt solat sunat gerhana? Sah / tidak?

    ReplyDelete
  8. Sekiranya kira lepas baca surah lupa rukuk terus nak sujud tapi baru letak lutut kepala belum sujud apakah perlu teruskan atau bangkit untuk rukuk?

    ReplyDelete
  9. Saya nak Tanya kalau saya was was sama ada saya telah melakukan duduk antara dua sujud atau tidak dalam rakaat kedua
    Apa perlu saya buat sebenarnya? Kerana saya tetap meneruskan solat

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum.. Nak bertanya.. Jika kita di tahiyat akhir kemudian lupa untuk beri salam dan kita sujud kerana terlupa. Adakah solat itu sah atau perlu sujut sahwi

    ReplyDelete
  11. Kalau tahiyat akhir kita salah kena qadak solat balik ke ...please tolong jawab

    ReplyDelete